Connect with us

Mobile Legends

MPL: Ombong masih dilema nak main liga atau tak – Avaaa

Published

on

Foto: Facebook / Ombong

KUALA LUMPUR – Pemain Mobile Legends tempatan, Boy Salica, (Ombong Haha) masih belum membuat keputusan sama ada akan bermain atau tidak dalam Liga Profesional Malaysia Musim Kesembilan (MPL MY S9) 2022 nanti.

Pengurus Homebois, Tuan Azrin Izzuddin Tuan Abu Bakar (Avaaa) berkata Ombong masih dilema untuk kembali bermain di MPL.

Dalam satu catatan Instatory pada Jumaat lalu juga, Avaaa turut mengesahkan dia tidak akan bermain di MPL kerana perlu memberi perhatian dalam mengurus beberapa pasukan di Homebois.

Jelasnya, barisan pemain Mikey yang sah akan bermain di MPL adalah Flint, Squpoz, Byby dan Pyan.

Pada 16 Januari lalu, Mikey berjaya mendapatkan slot penting ke MPL selepas melalui pusingan kelayakan.

Pasukan Mikey yang pada mulanya ditubuhkan sekadar suka-suka, mula menyertai arena kompetitif pada awal bulan lalu. Antara kejohanan pertama yang disertainya termasuklah Kejohanan E-Sukan Liga Malaysia Musim Kedua (MEC S2) 2021.

Selepas berada dalam kelompok empat terbaik MEC S2 2021, Mikey kemudiannya menerima slot suku akhir peringkat kelayakan, MPL MY S9.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday)

Sebelum ini, Ombong ada berkongsikan kepada WTM Today yang pasukannya tidak akan lagi menggunakan nama Mikey dalam kejohanan MPL akan datang dan bakal membawa satu jenama yabg baru.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved