Mobile Legends
Kejohanan Dunia MLBB sah di Malaysia November ini
KUALA LUMPUR – Kejohanan Dunia e-sukan mudah alih Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) akan diadakan di Axiata Arena Kuala Lumpur pada 11 sehingga 17 November 2019.
Kejohanan antarabangsa tersebut yang dikenali sebagai M1 itu akan menyaksikan 16 pasukan dari 14 negara akan berentap untuk merangkul kejuaraan pertama tersebut yang menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM1 juta (AS$250,000).
Perkara itu diumumkan Pengarah E-sukan Moonton, Logan Shaw dalam satu persidangan global pertama pemaju permainan Mobile Legends: Bang Bang, Moonton, Mooton Epicon 2019 di Connexion Conference & Event Centre at Nexus, hari ini.
MLBB merupakan antara pemain mudah alih MOBA yang popular dengan 500 juta pemasangan (install) dengan 75 juta pengguna aktif di seluruh dunia pada setiap bulan.