Connect with us

Mobile Legends

#MoontonEpicon2019: Hero Rusia akan dilancarkan, nama belum ditentukan

Published

on

Hero tersebut mempunyai karakter yang berinsipirasikan daripada haiwan beruang. - Foto YouTube / Mobile Legends Bang Bang

KUALA LUMPUR – Pembangun e-sukan mudah alih Mobile Legends : Bang Bang (MLBB), Moonton mengumumkan satu hero dari Rusia akan diperkenalkan pada pertengahan September nanti.

Pengurus Pemasara Serantau Moonton, Nelson Woon berkata, nama hero tersebut belum lagi akan ditentukan. 

Jelasnya hero tersebut mempunyai karakter yang berinsipirasikan daripada haiwan beruang.

“Kami mereka hero ini dengan menggabungkan beberapa ciri-ciri beruang, iaitu kuat, berani dan mempunyai sifat ingin tahu dengan kuat,” katanya.

Nelson berkata demikian dalam satu ucapan dalam persidangan global pertama pemaju permainan Mobile Legends: Bang Bang, Moonton, Mooton Epicon 2019 di Connexion Conference & Event Centre at Nexus, hari ini.

Persidangan Moonton Epicon tersebut menyaksikan Moonton mendedahkan beberapa pelan perancangan e-sukan dan pasaran yang berkaitan dengan permainan baru mereka.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved