Connect with us

Mobile Legends

Penganalisis Bosskurr, Laphel jadi pengulas MPL

Published

on

Laphel (kanan) berganding bahu dengan Ikuto untuk mengulas perlawanan pusingan kelayakan MPL Malaysia dan Singapura. - Foto Facebook / MLBB

KUALA LUMPUR – Penganalisis bagi organisasi e-sukan Bosskurr Gaming (Bosskurr), Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel) terpilih untuk menjadi pengulas bagi Liga Profesional Mobile Legends Bang: Bang (MPL) Malaysia dan Singapura.

Laphel yang berusia 25 tahun itu membuat kemunculan sulung dalam MPL pada hari ini untuk mengulas perlawanan pusingan kelayakan antara pasukan Sabah Top Player dan Boss Pusher yang telah mula berlangsung pada jam 5 petang tadi.

Laphel turut membuat naik satu Facebook story sebelum perlawanan tersebut bermula.

Pada April lalu, Bosskurr mengumumkan Laphel dilantik untuk menjadi penganalisis bagi organisasi berkenaan bagi divisyen MLBB berikutan penulisan dan analisisnya yang dilihat membantu pasukan itu untuk mendapatkan momentum kemenangan.

Sebelum menyertai Bosskurr, Laphel melakukan penstriman langsung di Facebook selain melakukan beberapa analisis untuk rujukannya sendiri. 

Dia juga pernah menjadi pengulas untuk beberapa kejohanan.

[#MobileLegends | MCG2019] “Tolong! Macam mana mahu kawal?” 😂 ‍‍Apabila ahli-ahli Shopee Bosskurr menjadi caster dan detik-detik kemenangan Todak dalam Kejohanan Geek Mobile Legends! ‍‍#WTMToday #IniEsukanKita #EsportsMY #MobileLegendsMY

Posted by WTM Today on Sunday, 19 May 2019
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved