Connect with us

PUBG Mobile

Jangan pandang sebelah mata pasukan PUBG Wanita Axis Limitless

Published

on

Axis Limitless yang terdiri daripada Qila, Bella, Erynna, bbShark dan Farah meraih tempat ke-10 secara keseluruhan pada Grand Final. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

MELANGKAUI batas dalam arena e-sukan yang hanya dilihat didominasi lelaki. Mungkin itu misi pasukan kompetitif PUBG wanita Axis Limitless yang baharu ditubuhkan baru-baru ini.

Membuat kemunculan pertama dalam kejohanan Penang Esports Festival pada minggu lalu, pasukan tersebut memang tidak boleh dipandang sebelah mata apabila meraih tempat ke-10 secara keseluruhan pada Grand Final.

Kapten Axis Limitless, Fatin Aqilah (Qila) berkata dia bersyukur dengan penubuhan pasukannya walaupun baru sebulan mengenali antara satu sama lain.

“Kami mengenali dalam masa yang singkat supaya dapat mengenali hati budi bicara masing-masing. Kami mahu cuba yang terbaik dari segi komunikasi terutamanya.

“Pada Grand Final Penang Esports Festival, kami berjaya meraih kedudukan ketiga pada pertama di Erangel dan saya suka corak permainan ketika kami di Sanhok juga.

“Pasukan lain cuba memberi tekanan kepada kami, tapi kami berjaya membunuh kesemua pemain RRQ Gaming dan Berubah Gaming,” katanya ketika ditemui What’s The Meta selepas menyertai kejohanan itu yang berlangsung di Setia SPICE Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada minggu lalu.

Selain Qila, pasukan itu disertai Bella, Erynna, bbShark dan Farah.

Penang Esports Festival yang disertai 128 pasukan dari seluruh Malaysia itu merupakan kejohanan pertama Axis Limitless sebagai pasukan kompetitif dalam arena PUBG.

Mereka juga mencatat sejarah tersendiri sebagai satu-satunya pasukan wanita yang bertanding dalam kejohanan itu.

Memasang harapan yang tinggi menerusi Axis Limitless, Qila berharap dia dan pasukannya dapat membuka mata lebih ramai orang mengenai penglibatan wanita dalam arena e-sukan.

“Saya berharap kami akan pergi lebih jauh dan melihat kami sebagai antara pasukan yang terbaik dalam PUBG Mobile tanah air,” katanya.

Rata-rata pemain Axis Limitless merupakan penghibur penstriman langsung di Facebook.

Anda boleh mengikuti perkembangan mereka menerusi Facebook Axis Bella, Axis Erynna dan FA Gaming.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved