Connect with us

PUBG Mobile

Idola PUBG Mobile Team 2020 di iklan bas RapidKL

Published

on

KUALA LUMPUR – Jika anda sedang menaiki bas awam RapidKL bagi laluan 770 pada hari ini, anda mungkin akan terlihat satu iklan yang memaparkan keempat-empat pemain profesional PUBG Mobile pasukan Yoodo Gank.

Iklan itu memaparkan kapten Yoodo Gank, Aiman Mohd (Man Parang) bersama rakan-rakan sepasukannya Ahmad Fuad Razali (Fredo), Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) dan Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper).

Ketua Pegawai Eksekutif Wulf Esports dan pengurus pasukan Yoodo Gank, Kevin Wong berkata iklan itu adalah sebahagian daripada hasil hubungan strategik Wulf Esports dan FSA Esports Management Academy.

“Hubungan strategik itu adalah untuk memperlihatkan sinergi antara sektor pendidikan bersama sektor swasta dalam industri e-sukan

“Wulf Esports merupakan satu rakan kongsi ideal untuk FSA Esports Management Academy bagi membantu pelatih dalam mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang mereka telah pelajari,” kata Kevin.

Pasukan Yoodo Gank cukup sinonim dengan gelaran ‘Team 2020’ dalam kalangan peminat e-sukan PUBG Mobile apabila mereka dilihat bakal memberi sinar baharu dalam arena e-sukan itu.

Pada Disember tahun lalu, pasukan itu meraih kedudukan tujuh terbaik secara keseluruhan dalam Kejohanan PUBG Mobile Peacekeeper Elite Championship 2019 di Xi’an, China.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved