Mobile Legends
Homegirls juara lagi, kali ini menerusi Siri UNIPIN

JUARA berturut-turut! Pasukan MLBB wanita, Homegirls menambah lagi koleksi trofi dalam arena kompetitif apabila muncul sebagai juara dalam Kejohanan Wanita UNIPIN MYSG Musim Kedua 2023.
Pada peringkat Grand Final yang berlangsung hari ini, Homegirls menewaskan musuh tradisi, Team Haq Ladies 3-1.
Menariknya format grand final kejohanan ini menggunakan global ban, bermaksud, mana-mana hero tidak boleh digunakan secara dua kali berturut-turut.
Pada peringkat itu juga menyaksikan pemain gold laner Homegirls, Fafau diangkat sebagai Pemain Terbaik dengan catatan 40 kills dan KDA 11.9.
Sementara itu, meski Team Haq Ladies tewas di grand final kedua-dua pasukan itu akan mewakili Malaysia di peringkat Asia Tenggara untuk kejohanan yang sama.
Sebelum ini, Homegirls juga mengalahkan Team Haq Ladies 3-1 di Kejohanan Ivory 2023.