Mobile Legends
Eshaa sah keluar dari Yoodo Red Giants

KUALA LUMPUR – Pemain roamer Yoodo Red Giants, Eshaa, sah keluar daripada pasukan Gergasi Merah itu.
Dalam satu video pengumuman di media sosial Yoodo Red Giants, Eshaa turut merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan sepasukannya dan juga pihak pengurusan.
“Di sini sahajalah perjalanan saya.
“Kepada Yoodo Red Giants, saya berharap pada musim kali ni, anda dapat ke M5 walaupun dengan ketiadaan saya.
“Hasrat dan semangat saya masih bersama anda lagi. Selamat maju jaya, Yoodo Red Giants,” kata Eshaa dalam video tersebut.
Eshaa sudah berada dalam arena MLBB kira-kira empat tahun.
Sebelum menyertai Yoodo Red Giants, Eshaa pernah bermain untuk Reborn dan Team SMG.