Connect with us

Mobile Legends

Giliran Soloz dalam Malaysia Book of Records?

Published

on

Soloz akan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record? - Foto fail

KUALA LUMPUR – Satu catatan Instagram Story milik Malaysia Book of Records pada semalam menimbulkan satu tanda tanya sama ada penghibur penstriman langsung terkenal tanah air, Mohd Faris Zakaria (Soloz) akan mendapat pengiktirafan itu.

Dalam catatan itu, Malaysia Book of Records memuat naik satu gambar Soloz dengan kapsyen: “Siapa abam hensem (abang kacak) ini? Akan datang.”

Soloz merupakan antara penggiat e-sukan yang berpengaruh di Malaysia.

Setakat artikel ini ditulis, dia mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di Facebook.

BACA: Maharaja Soloz kini raih 1,000,000 pengikut di Facebook

Soloz yang turut dikenali sebagai Maharaja Soloz dalam kalangan komuniti dan peminat, pernah memenangi Anugerah Pencipta Kandungan Facebook yang Paling Banyak Menerima Jumlah Tontonan di Malaysia pada Julai 2019.

Sebelum menjadi penghibur penstriman langsung sepenuh masa, Soloz merupakan pemain profesional Mobile Legends bagi pasukan Team Bosskurr.

Dia juga pernah mewakili Malaysia pada tahun 2018 bagi kejohanan Piala Asia Tenggara di Jakarta, Indonesia.

Soloz juga pernah terpilih sebagai MVP (Pemain Terbaik) bagi peringkat liga MPL Musim Keempat pada tahun lepas.

Pada tahun yang sama, Soloz bersama Team Bosskurr berjaya menyumbangkan pingat gangsa untuk Malaysia pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Sebelum ini pemain e-sukan PUBG Mobile, dari pasukan Team Secret Malaysia, Jiunn Jie Kow (BiuBiu) mendapat pengiktirafan itu menerusi kategori Jumlah Tontonan Bagi Sebuah Video E-Sukan Terbanyak di YouTube.

Menurut Malaysia Book of Records, pemberian pengiktirafan itu adalah untuk membantu menaikkan nama wira-wira tempatan termasuk pemain dan jenama e-sukan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved