Connect with us

Mobile Legends

MPL: Orange Esports Reborn mara ke semifinal, menang 2-1 lawan Team Bosskurr

Published

on

Orange Esports Reborn mara ke semi final MPL MY/SG.

PASUKAN Mobile Legends tanah air, Orange Esports Reborn berjaya melayakkan diri ke semi final Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima selepas menewaskan Team Bosskurr 2-1 seketika tadi.

Orange Esports Reborn yang pada mulanya ketinggalan 0-1, bangkit memenangi dua perlawanan yang seterusnya selepas menukar corak permainanan yang lebih agresif.

Pemain Orange Esports Reborn, Muhammad Akmal Rozali (Mal) berkata mereka mengakui terdapat kesilapan yang dilakukan pada pusingan pertama sehingga menyebabkan Team Boskurr mampu mendapat mata pertama dalam masa 13 minit 31 saat.

Jelas Mal, kesilapan itu adalah disebabkan kegagalan Orange Esports Reborn untuk menyekat pemain utama Team Bosskurr, Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia) yang menggunakan hero marksman, Karrie dari terus farming.

“Kami juga mengelak dari melibatkan perang dan team fight. Kami banyak melakukan split push ketika itu.

“Namun kami menyedari ia adalah satu kesilapan sebab Leixia dapat farming.

“Pada pusingan kedua dan ketiga kami memilih untuk lebih agresif,” katanya.

BACA: Hawkeye kini jurulatih, mahu ‘Reborn’ bersama Orange Esports

Keputusan untuk bertindak agresif dilihat membuahkan hasil kepada Orange Esports Reborn. 

Dalam kedua-dua pusingan yang dimenangai itu, pemain Muhammad Firdaus Mohd Aniza (Eren) muncul sebagai MVP.

Orange Esports Reborn yang bermain pada semi final MPL MY/SG Musim Kelima dijangka berlangsung pada jam 8 malam nanti menentang pemenang pusingan antara Todak dan EVOS SG.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved