Mobile Legends
Adakah anda Lemon yang seterusnya? RRQ kini cari pemain baharu

RAJA SEGALA RAJA.
Itu gelaran yang diberikan kepada jaguh gergasi Mobile Legends Indonesia, Rex Regum Qeon (RRQ).
RRQ yang merupakan skuad Mobile Legends kedua terbaik dunia baru-baru ini turut ‘memanjakan’ harimau biru putih EVOS Legends dalam pertarungan El Clasico di Grand Final MPL Indonesia Musim kelima sehingga dinobatkan sebagai juara.
Kini, RRQ melakukan sesi kelayakan terbuka untuk mencari pemain terbaharu untuk pasukan itu.
Syarat-syaratnya adalah:
- Minimum Rank S16 (Mythic 1500 points)
- 75% winrate hero bagi posisi anda (mage, assassins, tank, dsb)
- Mempunyai pengalaman menyertai kejohanan besar/utama
- Bersedia untuk menyertai sesi perektrutan pada 29 April -3 Mei 2020
Jika anda sudah bersedia untuk bernaung di bawah divisyen Mobile Legends RRQ, boleh mendaftar di: https://bit.ly/rrqopenrec.
Antara soalan yang bakal ditanya dalam borang tersebut adalah mengenai pencapaian anda dalam Mobile Legends, apakah sebab anda mahu menyertai RRQ dan bagaimana anda boleh memainkan peranaan dalam RRQ.
Tarikh tutup adalah pada 28 April 2020. Selamat mencuba!