Connect with us

Mobile Legends

“Dulu abang dikenali sebagai pengulas ‘Gemuk Hitam’, kini…”

Published

on

IKUTO: Pernah terdetik untuk berhenti dan fokus kepada bahagian pendidikan menerusi Ijazah Sarjana Sains yang dimiliki namun kerana peluang yang saya ada serta minat, itu yang menyebabkan saya kekal dalam bidang e-sukan ini. - Foto Facebook / Ikuto Radzi

NAMA Ikuto Radzi bukan satu nama asing dalam gelangang maya e-sukan. 

Dia yang sudah berkecimpung dalam bidang e-sukan sejak 2015 kini dikenali ramai terutama dalam e-sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bukan sebagai pemain profesional atau sebagai penghibur penstriman langsung tetapi kerana petah berbicara sebagai pengulas.

Namun untuk namanya dikenali sehingga hari ini, bukan satu perkara yang mudah.

“Bermula dari bawah, memang tiada siapa mengenali saya.

“Cuma ada satu ketika ada orang menggelarkan saya sebagai pengulas ‘Gemuk Hitam’.

“Pernah terdetik untuk berhenti dan fokus kepada bahagian pendidikan menerusi Ijazah Sarjana Sains yang dimiliki, mungkin saya boleh jadi pensyarah. Namun kerana peluang yang saya ada serta minat, itu yang menyebabkan saya kekal dalam bidang e-sukan ini,” kata Ikuto.

Ikuto atau nama sebenarnya Radzi Rahman Ibrahim berkata dia mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminatnya yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti dalam perjalanannya dalam arena ini.

Jelasnya, empat tahun sebagai pengulas memang banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh sepanjang perjalanan itu.

“Tanpa sokongan anda semua, saya tidak boleh sampai ke sini. Saya bukan yang terbaik, saya hanya akan buat yang terbaik,” katanya.

Ikuto merupakan salah seorang pengulas bagi Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura sejak musim bertama sehingga musim keempat yang berlangsung ketika ini.

Bagi anda yang mahu melihat Ikuto beraksi, boleh tonton secara langsung di Facebook MLBB sempena MPL pada hujung minggu ini sehingga 29 Septemper depan.

Ia juga disiarkan di salah sebuah stesen televisyen arus perdana di Malaysia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved