Connect with us

Mobile Legends

MPL: Unta mematangkan ‘gameplay’ XPAX X-Assins – Padel

Published

on

Barisan XPAX X-Assins kini terdiri daripada Unta,Artha, Ax, Mohd Kuku, Raisyaa dan Smooth. - FOTO: mysg.mpl.mobilelegends.com/

KUALA LUMPUR – Penyertaan pemain kompetitif Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Dzulhakkim Abd Rashid (Unta) bersama XPAX X-Assins sememangnya mematangkan corak permainan pasukan itu.

Jurulatih pasukan tersebut, Muhamad Fadhil Hishamuddin (Padel) berkata pemilihan hero (draft) XPAX X-Assins juga semakin kemas berikutan kehadiran Unta.

“Unta memang membawa semangat baharu kepada pasukan. Semoga MPL (Liga Profesional) kali ini, kamilah juaranya,” kata Padel ketika dihubungi What’s The Meta.

Sementara itu, Padel turut mengulas mengenai perlawanan menentang pasukan yang sedang meningkat naik dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah Top Players (STOP) berkata dia akui STOP mempunyai keserasian ketika bermain walaupun masih baharu.

“Selepas kekalahan perlawanan pertama, XPAX X-Assins bangkit dan berjaya menang berikutan putaran awal dan perang (team fight) yang menyebelahi kami.

“Sebenarnya agak banyak kesilapan yang dilakukan XPAX X-Assins  ketika bertemu dengan STOP. Kami akan memperbaiki semua itu,” kata Padel.

XPAX X-Assins kini berada di ranking keempat liga selepas memenangi perlawanan menentang STOP 2-1.

Selain Unta, barisan XPAX X-Assins kini terdiri daripada Artha, Ax, Mohd Kuku, Raisyaa dan Smooth.

Pada musim lalu, XPAX X-Assins berjaya mara ke pusingan kalah mati (Playoff) dan meraih tempat ketujuh dan kelapan.

MPL Malaysia dan Singapura kini kembali untuk musim keempat dan menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM414,000.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved