Connect with us

Reviu

Berbaloi tak Samsung Galaxy A32 5G untuk main game?

Published

on

SEBELUM ini, kami ada menulis mengenai Samsung Galaxy A32 5G  yang dilihat mempunyai paparan Super AMOLED Infinity-V yang menghasilkan imej yang jelas dan cantik.

Ia sangat sesuai bagi mereka yang mahu menonton atau menikmati kandungan video penstriman langsung di Internet, terutama untuk tempoh yang agak lama.

Baru-baru ini, kami juga telah menguji kekuatan telefon pintar menerusi permainan PUBG Mobile.

Kekuatan telefon ini masih lagi kepada bateri dan juga paparan skrinnya. Jika anda bermain dalam tempoh yang agak lama, bateri telefon yang mempunyai kapasiti 5000mAh dilihat agak lambat untuk dihabiskan. Ia juga tidak mempunyai isu pemanasan yang terlalu janggal.

Namun jika kehabisan bateri, pengesan semula menerusi port USB-C dan Adaptive Fast Charging dengan 15W dilihat ambil masa kira-kira 2-3 jam untuk memastikan bateri berada dalam kapasiti penuh.

Samsung Galaxy A32 dilengkapi dengan Frame Booster untuk memberikan grafik yang lancar.

Namun pada bahagian tetapan di PUBG Mobile, jika anda memilih frame rate (bingkai) sehingga peringkat Ultra, grafik yang anda boleh gunakan pada tahap ini adalah Balanced dan bukan HD.

Selain itu, Samsung Galaxy A32  juga dilengkapi dengan Game Booster yang akan mengenalpasti bagaimana anda menggunakan telefon itu bagi mengoptimumkan bateri, suhu dan memori.

Dari segi speaker, ia mempunyai satu kelemahan kerana menggunakan speaker mono.

Disarankan bagi pengguna untuk menggunakan fon telinga untuk pengalaman yang lebih baik, jika mahu mengetahui pergerakan musuh yang lebih jelas.

Jadi, dengan harga bermula RM1,119, adakah Samsung Galaxy A32 5G merupakan pilihan yang baik untuk bermain game?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved