Connect with us

Reviu

Reviu: Razer BlackShark V2 headset esports yang ringan, dijual bermula RM349

Published

on

Rasai pengalaman bunyi e-sukan baharu bersama Razer Blackshark V2.

RINGAN, “boleh bernafas” untuk jangka masa panjang dan sesuai untuk e-sukan.

Itu antara ciri-ciri utama produk terbaharu fon kepala (headset) jenama global peranti dan aksesori gaming, Razer, iaitu Razer BlackShark V2.

Razer mempertaruhkan dua model fon kepala tersebut iaitu BlackShark V2 (lebih premium) dan BlackShark V2 X sebagai The Sound of Esports.

Antara perbezaan kedua-dua model itu adalah dari segi mikrofon dan USB Sound Card.

Mikrofon bagi fon kepala yang lebih premium BlackShark V2 boleh dicabut manakala BlackShark V2 X hadir dengan mickrofon yang terbina.

Dari fizikal luar, rekaan kedua-dua BlackShark V2 dan BlackShark V2 X memang minimalis, ringkas dan tidak serabut.

Halang gangguan bunyi-bunyi yang tiada kaitan
Tidak kisah sama ada bermain di kejohanan kompetitif atau di rumah, bunyi bising di luar permainan akan menjadi satu gangguan untuk memberi tumpuan dalam permainan.

BlackShark V2 dan BlackShark V2 X dilengkapi dengan pad telinga Leatherette Memory Foam Ear Cushions dan Plush Headband Padding yang mampu memberi keselesaan lebih lama di bahagian telinga dan kepala, serta menghalang bunyi-bunyi di bahagian luar permainanan.

Dalam e-sukan, ketetapan bunyi dan suara, serta komunikasi dengan rakan sepasukan memainkan peranan penting.

Bunyi 360 darjah, kenal pasti kedudukan musuh
Di bahagian dalam fon kelapa e-sukan itu dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri kelengkapan tinggi untuk anda mendengar dan berkomunikasi dengan lebih baik.

Menerusi Razer BlackShark V2, Razer telah membangunkan pemacu audio 50mm yang baharu iaitu Razer TriForce Titanium.

Ia dihadiri bersama ciri THX Spatial Audio yang membantu anda mendengar sumber bunyi dalam permainan dengan tepat, sesuai dengan stereo, 5.1, atau 7.1.

THX Spatial Audio membantu anda mengenal pasti kedudukan musuh, mengelak dari peluru musuh serta mengenal pasti ancaman musuh dengan lebih senang.

Komunikasi tanpa halangan
Dari segi mikrofon, Razer telah membangunkan HyperClear Cardioid Microphone.

Mikrofon HyperClear Cardioid telah dibina untuk memberi fokus dengan menangkap bunyi suara manusia dengan membuang suara di latar belakang. Ia bertujuan untuk meningkatkan penjelasan bunyi percakapan.

Bagi fon kepala yang lebih premium iaitu BlackShark V2, ia dilengkapi dengan USB Sound Card yang memberi kawalan mikrofon lebih mendalam seperti Mic Boost, Voice Gate, Volume Normalization, Microphone Equalizer dan Ambient Noise Reduction

Telah diuji pemain profesional e-sukan
Sejak permulaan untuk mereka dan membangunkan fon kepala Blackshark V2, Team Razer telah mengujinya dengan beberapa atlet-atlet e-sukan profesional terpilih, untuk mendapatkan maklum balas dari segi menambah baik ciri-ciri dan rekaan.

Menurut pemain Dota 2 terkenal, Tal Aizik (Fly) dari Evil Geniuses, fon kepala Blackshark V2 memberi kelebihan dalam permainan.

“Kami sudah mencuba prototaip fon kepala Blackshark V2 dalam beberapa sesi latihan dan ia sangat selesa untuk dipakai.

“Kualiti bunyi dan mikrofon memang sangat baik dan mampu membantu saya memberi tumpuan dalam permainan,” katanya.

Bunyi realistik dan mendalam dengan ciri THX Game Profiles
THX Game Profiles yang akan disediakan pada 6 Ogos nanti akan memberikan pengalaman baharu untuk pemain.

THX Game Profiles mempunyai dua mod, iaitu THX Environmental Mode bagi bunyi yang lebih realistik dan THX Competitive Mode yang memberi tumpuan kepada bunyi petunjuk arah, bagi mengenal pasti lokasi musuh dengan lebih cepat.

THX Game Profiles ketika ini menyokong beberapa permainan termasuk Valorant, Apex Legends, Counter-Strike: Global Offensive, dan Call of Duty: Modern Warfare.

Harga Blackshark V2 dan Blackshark V2 X

Fon kepala Blackshark V2 dan Blackshark V2 X boleh digunakan di pelbagai platform, termasuk PC, Playstation, Switch atau telefon pintar yang mempunyai palam audio 3.5mm.

Kedua-dua fon kepala e-sukan itu kini sudah tersedia di pasaran dengan harga RM349 dan RM599.

Layari laman Razer untuk ketahui lebih lanjut mengenai fon kepala e-sukan Blackshark V2 dan Blackshark V2 X terbaharu ini.

Pengasas, pengarang dan penerbit What's The Meta.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved