Connect with us

PUBG Mobile

Pakar psikologi sukan sertai EVOS VIP

Published

on

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan Asia Tenggara, EVOS Esports telah mengambil satu langkah serius untuk membantu dan membangunkan skuad PUBG Mobile Malaysianya, EVOS VIP, dengan merekrut pakar psikologi sukan, Bryan Win.

Menurut EVOS Esports, Bryan juga akan bertindak sebagai penganalisis skuad PUBG Mobile itu.

“Bryan pernah bekerja dengan beberapa pasukan PUBG seperti Geek Fam dan Battle Arena.

“Dia juga pernah bekerja dengan pemain-pemain PUBG seperti Jangs, BadMan dan Savior.

“Bryan akan menjadi faktor penting pasukan dalam membantu mengatur strategi dan memastikan pemain berada dalam keadaan optimal dari segi mental dan fizikal untuk bertanding,” kata wakil EVOS Esports kepada WTM Today hari ini.

BACA: EVOS VIP perlu terus mengaum, bukan mengiau

Selain itu, wakil EVOS Esports juga berkata pihaknya lebih cendurung untuk mencari apakah bentuk sokongan yang diperlukan EVOS VIP berbanding mencari pemain baru untuk musim kali ini.

Jelasnya, pemain-pemain EVOS VIP telah membentuk keserasian yang lebih baik antara sama lain dan mempunyai objektif jelas sebagai satu pasukan berbanding sebagai individu.

“Rome tidak dibina dalam satu hari. Walaupun keputusan musim lalu tidak memberangsangkan, EVOS VIP percaya dalam membentuk kekuatan dalam kalangan pemain memerlukan tempoh tertentu untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik,” tambahnya.

Dalam satu video baru-baru ini, EVOS VIP telah mengumumkan pihaknya telah mengekalkan barisan pemain utama dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) nanti.

Pemain-pemain tersebut adalah:

  • Muhamad Afiq Aziz (Yakuza)
  • Ahmad Danial Haiqal (Hyqul)
  • Wan Muhammad Irfan (Razor)
  • Muhammad Abdul Samad (xSamZ)
  • Muhammad Danial Shahrom (Luxxy98)

PMPL MYSG S3 akan bermula pada 24 Mac sehingga 25 April nanti dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved