Mobile Legends
YRG teruskan dominasi di SPS
KUALA LUMPUR- Acara yang lain, tetapi momentum kemenangan masih sama buat Yoodo Red Giants (YRG).
Juara kita, YRG memulakan dominasi mereka di SPS dengan mengalahkan wakil Filipina Omega Esports, 2-0.
Rekod kemenangan tanpa kalah diteruskan lagi untuk memastikan rentak mereka kekal konsisten.
Selepas ini, mereka bakal bertemu dengan pasukan gergasi Filipina Falcons AP Bren pada jam 7:40 malam nanti.
