Mobile Legends
Qiiboyy menyifatkan kekalahan disebabkan dirinya
KUALA LUMPUR- Pemain roamer Gaimin Gladiators: Homegirls (GGHG), Qiiboyy menyifatkan salah satu faktor kekalahan semalam adalah kerana dirinya.
“Saya rasa ini ialah salah saya.” kata Qiiboy dalam satu hantaran media sosial Instagram @wtmtoday.
Kenyataan itu disangkal oleh Fafau (Goldlaner) dan menyatakan itu bukanlah salah Qiiboyy.
GGHG berjaya mara ke peringkat suku akhir, namun tumpas dengan jaguh daripada Filipina, Smart Omega Empress.
Hadiah wang tunai kira-kira RM116,400 (AS$25,000) dibawa pulang GGHG setelah mengakhiri
Kejohanan Jemputan Wanita Mobile Legend (MWI) di posisi 8 terbaik.
Video penuh: https://www.instagram.com/reel/C97M2sSIHKV/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==
