Connect with us

PUBG Mobile

Tiada penaja, tiada masalah bagi Celtz dominasi PMPL SA, bawa pulang RM 170,000

Published

on

Celtz muncul juara PMPL SA

HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Celtz memang bukan satu pasukan popular di India dan Asia Selatan namun ia tidak menghalang mereka untuk beraksi dengan baik dalam Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Selatan (PMPL SA) berbanding pasukan pilihan pilihan seperti Fnatic, TSM-Entity dan Soul.

Celtz yang terdiri daripada Yogesh Yadav (Roxx), Harshit Mahajan (MJ), Randeep Singh (Attanki) dan Hemanth Sethi (Ultron) mencatat rekod baik pada hari terakhir Final PMPL SA dengan kelebihan 50 mata dihadapan TSM Entity.

Celtz yang mengakhiri Final PMPL SA dengan kedudukan ranking pertama, turut berjaya melayakkan diri ke Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur bersama pasukan Team Megastars dan Team IND.

Menerusi kemenangan itu juga, Celtz yang tidak memiliki sebarang penaja ketika ini membawa pulang kira-kira RM170,000 (AS$40,000).

Selepas 15 pusingan berlangsung dalam PMPL SA, Celtz berjaya mendapat 213 mata dengan 83 mata bunuh (kills) dan dua kutipan Chicken Dinner.

Sementara itu, carta pembunuh terbaik PMPL SA didominasi pemain-pemain TSM Entity apabila Vivek Aabhas Horo (ClutchGod) and Jonathan Jude Amaral (Jonathan) dengan masing-masing mecatatkan rekod 33 dan 32 kills.

Bagi rekod mata kesan musnah paling banyak pula dimiliki pemain GodLike Arshpreet Gill Singh (GiLL).

Gill mencatatkan 7161 mata kesan musnah.

Dengan berakhirnya Final PMPL SA pada pagi tadi, tujuh pasukan Asia Selatan telah berjaya mendapatkan slot ke PMWL iaitu:

  • Celtz (Ranking Pertama Final Musim PMPL SA)
  • Megastars (Ranking Kedua Final Musim PMPL SA)
  • IND (Ranking Ketiga Final Musim PMPL SA)
  • Orange Rock (Ranking Pertama Peringkat Musim PMPL SA)
  • TSM-Entity (Ranking Kedua Peringkat Musim PMPL SA)
  • GodLike (Ranking Ketiga Peringkat Musim PMPL SA)
  • SynerGE (Ranking Keempat Peringkat Musim PMPL SA)

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved