Selangor Cyber Games
Selangor Cyber Games 2019: Senarai penuh pemenang

KEJOHANAN Selangor Cyber Games 2019 (#SCG2019) telah melabuhkan tirainya semalam dan menyaksikan pasukan-pasukan terbaik Malaysia bertarung untuk merebut kejuaraan dalam acara-acara e-sukan yang dipertandingkan.
#SCG2019 yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM215,000 berlangsung di Central i-City Mall, Shah Alam, Selangor pada hujung minggu lalu.
Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori e-sukan yang dipertandingkan dalam #SCG2019:
PUBG Mobile (Hadiah Wang Terkumpul: RM100,00)
- Juara : Yoodo Gank
- Naib Juara : Last Survivor R2K
- Tempat Ketiga : N.E.D. Brotherhood
- Tempat Keempat : AKA Esports Alpha
(512 pasukan bermain di peringkat kelayakan didalam talian, 6 pasukan jemputan + 10 pasukan yang ditapis daripada peringkat kelayakan akan berjumpa di peringkat akhir)
FIFA 20 (Hadiah Wang Terkumpul: RM55,00)
- Juara: Mirza Mohammad Nabil Beg Mirza Mohammad Taiyab Beg (Bale)
- Naib Juara: Muhammad Luqman Haziq bin Hajiman (Luqmanhzq)
- Tempat Ketiga: Faaiz Zainuddin (Infinite_Nakata)
- Tempat Keempat Wan Muhammad Hakimm Wan Narizan (Orange.P3rlisTeAmJr)
(512 pemain)
Tekken 7 (Hadiah Wang Terkumpul: RM30,000)
- Juara :Muhammad Zarif Aiman Aris
- Naib Juara: Jackson Chow
- Tempat Ketiga: Abdul Rahim Abdul Shukor
- Tempat Keempat : Ammirul Aayraf Helmi
(128 pemain)
Dota 2 (Hadiah Wang Terkumpul: RM30,000)
- Juara: Flower Gaming
- Naib Juara: Dotahero
- Tempat Ketiga: Qwe
- Tempat Keempat : Team Justice
(128 pasukan bermain di peringkat kelayakan di dalam talian, 8 pasukan akan layak ke peringkat akhir setelah peringkat kelayakan tamat)
#SCG2019 merupakan acara kejohanan e-sukan kali ke-enam anjuran bersama Majlis Sukan (MSN) Negeri Selangor , Mineski Events Team Malaysia dan Big Machinez.
Selangor Cyber Games bermula pada tahun 2014 dan menjadi acara tahunan bagi MSN Selangor sehingga ke hari ini.
