Connect with us

PUBG Mobile

“Sebagai bapa, saya tak faham trend game generasi kini, tapi saya doakan kejayaan anak saya”

Published

on

Kasdi Dahari memuat naik satu video yang memaparkan hos e-sukan, Mohamad Farouk Flava sedang menemu bual salah seorang pemain N.E.D Brotherhood yang ketika itu memenangi Winner Winner Chicken Dinner buat kali keempat dalam kejohanan itu. - Foto Instagram / Kasdi Dahari

DENGAN perubahan peredaran masa, mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak memahami trend anak-anak muda, terutama berkaitan dengan e-sukan.

Tetapi ia tidak sama sekali menghalang bagi seorang bapa, Ahmad Kasdi Mohd Dahari untuk meluangkan masa dan memberikan sokongan kepada anaknya yang ketika terlibat dalam arena e-sukan PUBG Mobile.

“Apabila anak lelaki saya sertai e-sukan ini, atau apabila dia berbual bersama adik-beradiknya yang lain, saya kononnya buat-buat faham mengenainya.

“Namun sebagai ibu bapa, apa yang anak-anak saya mahukan, saya akan memberi sokongan kepada mereka tapi ia mesti seimbang dengan aspek hidup yang lain.

“Meski dia banyak meluangkan masa dengan bermain permainan video, dia tetap bekerja keras dengan hasrat untuk mewakili Malaysia. InsyaAllah, Saya dan isteri doakan urusan anak-anak kami dipermudahkan,” kata Ahmad Kasdi.

Ahmad Kasdi berkata demikian dalam satu catatan Instagram baru-baru ini.

Dalam catatan yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pemilik pasukan e-sukan N.E.D Esports, Nedim Nazri.

“Terima kasih kepada Nedim dan N.E.D Esports yang turut memberi sokongan dan dokongan ke arah kejayaan. Saya yakin perjalanan ini tidak mudah, insyaAllah dipermudahkan,” kata Kasdi lagi.

Menerusi catatan Instagram itu, Kasdi turut memuat naik satu video suasana kejohanan Selangor Cyber Games yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Dalam video tersebut memaparkan hos e-sukan, Mohamad Farouk Flava sedang menebual salah seorang pemain N.E.D Brotherhood, iaitu Ahmad Qayhfishah Ahmad Kasdi yang ketika itu memenangi Winner Winner Chicken Dinner buat kali keempat dalam kejohanan itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved