Connect with us

Mobile Legends

Sanggup Dipotong Gaji Untuk Cipta Legasi

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

Betul-betul setahun lalu Coach Arcadia secara rasmi menyertai Yoodo Selangor Red Giants.

Dan mungkin ramai yang tidak tahu, harga Coach Arcadia sebagai Jurulatih Ketiga Terbaik Dunia pada ketika itu, semestinya bukan murah.

Berikutan itu, Ozoraveki yang ketika itu bertindak sebagai jurulatih sanggup diturunkan pangkat menjadi penganalisis dan rela dipotong gaji jika perlu, bagi membenarkan pihak pengurusan untuk membeli khidmat Coach Arcadia.

Ozoraveki pada ketika itu tahu, khidmat Coach Arcadia amat diperlukan untuk mengubah landskap MLBB Malaysia dan dia sanggup melakukan apa sahaja bagi merealisasikan impian.

Impian Ozoraveki hanya satu, mencipta legasi baharu.

Setahun kemudian, tanggal 4 Jun 2024, Ozoraveki akhirnya diangkat sebagai yang terbaik di Malaysia bersama Coach Arcadia, bersama Yoodo Selangor Red Giants, dengan rekod tanpa kalah.

Memenangi MPL Malaysia sebagai permulaan, Ozoraveki kini dalam misi yang lebih besar dalam membawa Yoodo Selangor Red Giants gah di persada antarabangsa.

Nota: Kami menerima kebenaran sepenuhnya untuk menyiarkan paparan skrin perbualan antara Simon dan Ozoraveki di platform wtmtoday.

Foto: MOONTON GAMES

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved