Connect with us

Mobile Legends

Homegirls Wakil Malaysia Ke Riyadh!

Published

on

Finally bukan curse Top 2! Selepas skuad MAL dan MPL HB jadi Top 2, akhirnya divisyen wanita Homegirls yang berjaya mengunci slot ke Riyadh apabila menjuarai Kejuaraan Jemputan MLBB Wanita Kelayakan Malaysia 2024 seketika tadi.

Homegirls memperoleh slot itu selepas menewaskan JP Niners Ladies 3-0 di peringkat Grand Final..

Pada peringkat semifinal, Homegirls telah menumpaskan Vanguard Ladies (wakil Singapura) dengan keputusan 3-0. Manakala JP Niners Ladies pula berjaya mengalahkan DX Zeta juga berakhir dengan keputusan 3-0.

Homegirls bakal bermain di MWI yang bakal berlangsung pada 24 hingga 25 Julai 2024 di Riyadh, Arab Saudi. Hadiah terkumpul bagi kejohanan antarabangsa ini kira-kira RM2,337,000 (AS$500,000).

Tahniah Homegirls dan ayuh bawa nama Malaysia gah di mata dunia! 🇲🇾

Foto: MOONTON GAMES, GFX: WTM / Anwar Wafi, Laporan: WTM/ Ahmad Asyraf

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved