Connect with us

PUBG Mobile

Recap PMWL: Meta baharu TSM Entity, utamakan mata bunuh berbanding mata kedudukan

Published

on

PADA minggu kedua Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, pasukan profesional PUBG Mobile India, TSM Entity dilihat berjaya mendapatkan rentak kemenangan semula apabila melonjak naik dalam carta keseluruhan.

Pemenang tempat kelima PMCO Fall Split 2019 mempamerkan aksi konsisten sejak kebelakangan ini apabila mendapatkan tempat kedua dalam carta keseluruhan Super Weekend minggu kedua dan mendapatkan tempat kelima dalam carta League Weekend minggu ketiga.

Berbeza dari prestasi minggu pertama, pasukan TSM Entity dilihat melakukan kebangkitan semula (comeback) yang lebih berkeyakinan.

BACA: PMWL: Pertolongan S8ul kunci kebangkitan semula TSM Entity

Pasukan TSM Entity dilihat menggunakan corak permainan yang lebih agresif berbanding dahulu dengan mementingkan mata bunuh berbanding mata kedudukan.

Ia boleh dilihat melalui carta hari pertama League Weekend 3 apabila TSM Entity berjaya megumpulkan 38 mata bunuh berbanding 31 mata kedudukan sekaligus menempatkan mereka di kedudukan pertama.

Carta hari pertama League Weekend minggu ketiga
Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Pada hari kedua peringkat League Weekend pula, TSM Entity meneruskan strategi mereka dengan memperoleh 46 mata bunuh berbanding 43 mata kedudukan seterusnya melayakkan diri ke peringkat Super Weekend.

Carta hari kedua League Weekend minggu ketiga
Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Berikutan penukaran sistem mata dari kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO) ke Liga Dunia Profesional PUBG Mobile, meta dan corak permainan pasukan kini menunjukkan perubahan ketara.

Format mata dalam kejohanan-kejohanan seperti PUBG Mobile Star Challenge 2018 (PMSC 2018) di Dubai dan PUBG Mobile Club Open (PMCO) dilihat lebih mementingkan mata kedudukan apabila memperuntukkan mata lebih untuk mata kedudukan berbanding mata bunuh.

Kini, sistem mata PMWL Timur dilihat mengutamakan corak permainan yang lebih agresif berbanding format-format poin sebelum ini.

Format sistem poin PUBG Mobile Star Challenge 2018 (PMSC)
Foto: PUBG Mobile Esports
Format mata PUBG Mobile Club Open 2019 (PMCO)
Foto: PUBG Mobile Esports

Dalam hal ini, pasukan TSM Entitiy turut membuktikan bahawa mata bunuh melalui corak permainan agresif boleh mengatasi mata satu Chicken Dinner. (TSM 21 mata bunuh)

TSM Entity kini berada di tangga kelapan bagi carta keseluruhan Super Weekend dengan pungutan mata sebanyak 320 mata.

Pasukan negara Team Secret MY dan Yoodo Gank kini berada di kedudukan ketujuh dan ke-15 masing-masing.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports
Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Saksikan Super Weekend terakhir PMWL Timur pada jam 8 malam nanti di laman Facebook dan Youtube PUBG Mobile Esports.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved