Connect with us

PUBG Mobile

PMPL SA: Team Soul di tempat ke-13, pasukan underdog Celtz ungguli hari pertama Final

Published

on

Mortal (gambar) bersama pasukannya, Soul kini berada di kedudukan yang tidak selamat jika mereka mahu mengunci slot ke PMWL - Foto Instagram / Mortal

PASUKAN PUBG Mobile popular India, Soul, berada di tangga corot selepas hari pertama Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Selatan (PMPL SA) berlangsung semalam.

Dalam lima pusingan yang berlangsung semalam, Soul gagal mendapat sebarang Chicken Dinner dan hanya mendapat 12 mata bunuh (kills).

Soul yang mengumpul 29 mata secara keseluruhan berada di tangga ke-13 ketika ini.

Sementara itu, pasukan bukan pilihan Celtz menunjukkan persembahan luar biasa apabila berjaya berada di ranking teratas PMPL SA.

Celtz yang sebelum ini berada di tangga ke-13 dengan 359 mata pada peringkat musim mendahului penyandang tempat kedua Final PMPL SA ketika ini, Orange Rock, dengan 11 mata.

Celtz berjaya mendapatkan satu Chicken Dinner pada pusingan akhir semalam di Erangel, dengan 10 mata bunuh.

Ia sekali gus memberi mata yang agak banyak kepada Celtz iaitu 41 mata untuk memperbaiki kedudukan dari tempat ketujuh sebelum itu.

Pasukan Orange Rock dan Godlike masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan 62 mata. Kedua-dua pasukan ini telah pun layak ke Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Blok Timur dengan berada di kedudukan empat teratas pada peringkat musim PMPL SA lalu.

Bagi rangking pembunuh terbaik, pemain U Mumba Esports, Shivamm Raghav (420op) kini mendahului carta dengan rekod 15 kills, 2397 kesan musnah.

Berikut adalah kutipan Chicken Dinner hari pertama Final PMPL SA:

  • Erangel-Orange Rock
  • Miramar-GodLike
  • Sanhok-Orange Rock
  • Vikendi-SynerGE
  • Erangel-Celtz

Celtz dan pasukan-pasukan Asia Selatan yang lain kini mensasarkan kedudukan tiga teratas dalam peringkat final ini untuk mendapatkan slot ke PMWL Blok Timur untuk bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh dunia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved