Connect with us

PUBG Mobile

PMNC tawar peluang beraksi di PMPL dengan hadiah wang terkumpul RM100,000

Published

on

KUALA LUMPUR – Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2020 kini tiba untuk edisi 2020 dengan tawaran hadiah wang terkumpul RM100,000.

Peserta juga akan berpeluang untuk beraksi dalam liga paling berprestij di Malaysia iaitu Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) jika mereka berjaya mara ke pusingan penentu (playoff).

Selain itu, PMNC kali ini turut menawarkan fortmat yang berbeza dengan memperkenalkan kategori Solo.

Kategori ini memberi peluang kepada mana-mana pemain yang sukar mencari rakan sepasukan dan mahu mencari platform untuk beraksi dalam dunia kompetitif.

Kelayakan PMNC 2020 akan dibahagikan kepada empat zon yang dinamakan sebagai Erangel, Sanhok, Miramar dan Vikendi.

Setiap zon melibatkan beberapa negeri dalam negara, dan peserta perlu memilih zon masing-masing untuk mendaftar.

Terdapat tiga peringkat dalam kejohanan PMNC 2020 iaitu Kelayakan Zon, Zon Final dan playoff.

Bagi kategori Solo, akan diwakili seorang pemenang bagi setiap Zon untuk ke playoff.

PMNC 2020 turut menyaksikan syarikat telekomunikasi Yoodo menjadi rakan rasmi.

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata Yoodo komited dalam membentuk budaya, kandungan dan komuniti untuk industri e-sukan tempatan.

Pendaftaran PMNC 2020 telah pun dibuka sejak semalam dan kedua-dua kategori Solo dan Skuad mempunyai tarikh tutup yang berbeza.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://bit.ly/PMNC2020

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved