Connect with us

PUBG Mobile

#PMCO2019: Berkat doa solat hajat isteri, ibu bapa – Man Parang

Published

on

Man Parang bersama isterinya yang sentiasa menyokong perjuangannya dalam menjadi yang terbaik dalam e-sukan PUBG Mobile - Foto Facebook / Man Parang

KAPTEN pasukan PUBG Mobile tanah air Yoodo Gank, Aiman Mohd atau senang dikenali sebagai Man Parang meluahkan rasa kesyukuran dengan sokongan tanpa henti yang diberikan keluarganya dalam perjalanan karier e-sukannya.

“Saya rasa bersyukur sangat sebab mendapat sokongan penuh dari isteri dan ibu bapa saya yang tidak pernah putus mendoakan dan melakukan solat hajat untuk saya bagi mendapatkan slot ke Global Final PMCO kerana mereka tahu ini adalah impian saya.

“Saya sangat gembira dapat pergi ke Global Final. Ketika saya bermain menggunakan platform PC, rasa mustahil sangat untuk pergi ke peringkat dunia kerana untuk bertanding di peringkat Asia Tenggara pun agak sukar.

“Jadi apabila bermain secara kompetitif di PUBG Mobile, peluang itu lebih cerah dan akhirnya, impian jadi realiti,” katanya ketika dihubungi What’s The Meta.

Man Parang bersama Yoodo Gank berjaya menampah slot ke Global Final PMCO 2019 selepas berjaya berada di kedudukan paling atas dalam kalangan pasukan Malaysia dalam Liga PMCO Asia Tenggara Fall Split.

Selepas empat minggu bersaing di liga antarabangsa itu, Yoodo Gank meraih 590 mata, dengan 212 mata bunuh dan 2 Chicken Dinner.

Berikutan dengan pencapaian itu, Yoodo Gank layak ke Global Final sebagai pasukan Terbaik Malaysia pada pusingan liga PMCO Asia Tenggara.

Sebelum ini, Malaysia diumumkan sebagai tuan rumah Global Final PMCO yang dijangka akan diadakan pada akhir November ini.

Sebagai tuan rumah, Malaysia diberikan satu kelebihan slot khas dalam kejohanan itu yang ditentukan menerusi pencapaian pasukan terbaik Malaysia dalam peringkat Liga PMCO Asia Tenggara.

Dalam Liga PMCO Asia Tenggara, sebanyak 5 pasukan Malaysia yang bertanding iaitu Yoodo Gank, AROV Esports, Bapak Ah Esports, Team Secret dan VIP Squad.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved