Connect with us

Mobile Legends

Oura EVOS Legends bersara sebagai pemain pro

Published

on

Foto : YouTube / EVOS TV

PEMAIN utama bagi pasukan Mobile Legends nombor 1 dunia, EVOS Legends, Eko Julianto (Oura) mengumumkan persaraannya dari arena profesional.

Oura yang sudah bersama EVOS sejak tiga tahun lalu berkata dia sangat bersyukur mempunyai rakan-rakan sepasukan dalam mencapai impian.

“Suka duka telah kami alami bersama. Bermain secara profesional ini merupakan satu kerja, tapi (tekanan) menjadi ringan apabila berseronok bersama rakan-rakan.

 “Memang berat menjadi seorang pemain profesional, apa entah lagi ketika kalah, berada di titik paling bawah, tetapi kami tidak mudah menyerah.

“Kami harus terus bangkit kerana saya percaya dengan pasukan ini,” kata Oura.

Jelas Oura lagi, coretan 3 tahun bersama EVOS akan menjadi satu kenangan abadi buatnya dan keluarga.

“Sudah 3 tahun saya di sini, dan ia akan menjadi satu cerita dalam ingatan saya dan anak saya nanti.

“Kejuaraan dunia M1 merupakan perlawanan terakhir saya sebagai pemain profesional. Terima Kasih EVOS,”kata Oura.

Oura mengumumkan persaraannya itu menerusi satu video di YouTube EVOS TV pada semalam.

Pada tahun lalu, Oura bersama EVOS Legends muncul sebagai juara dunia, M1 membawa pulang hadiah utama wang tunai bernilai kira-kira RM330,000 (AS$80,000) manakala Oura yang dianugerahkan sebagai pemain paling bernilai telah menggondol hadiah wang tunai kira-kira RM12,000 (AS$3,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved