Connect with us

Mobile Legends

MPL: Resurgence ‘ganti’ Bigetron, Axis Bosskurr ‘ganti’ Reborn

Published

on

Bigetron SG tidak lagi aktif dalam arena kompetitif MLBB dan menyebabkan beberapa pemain telah beralih ke pasukan Resurgence. Bagi pasukan Reborn, 60% pemain mereka telah beralih ke Axis Bosskurr.

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Singapura Resurgence yang meraih tempat keempat dalam Liga Profesional (MPL) Musim Ketiga mendapat jemputan terus selepas 60 peratus pemainnya terdiri daripada pasukan Bigetron SG yang meraih tempat ketiga dalam liga itu.

Menurut penganjur, eGG Network, keputusan itu juga adalah berikutan Bigetron SG tidak lagi aktif (dalam arena kompetitif MLBB).

“Kita telah menghantar surat jemputan rasmi kepada semua pasukan. Bagi Resurgence (yang menggantikan Bigetron) telah memenuhi keperluan peraturan 60% barisan pemain. 

“Mereka mendapat jemputan terus itu juga berikutan Resurgence berada di pasukan yang seterusnya yang layak untuk mendapat jemputan terus, selepas Bigetron tidak lagi aktif,” kata eGG Network kepada What’s The Meta hari ini.

Sebelum ini, tiga bekas pemain e-sukan MLBB Bigetron Esports Singapura Brandon Loh Siang Ming (Sana), Victor Lin Jin Shun (Mr Vi) dan KayZeePi sah menyertai Resurgence.

Barisan pemain baharu Resurgence ini bakal membuat kemunculan pertama bersama di Kejohanan Challenger Summit Regional Finals di Singapura yang akan berlangsung hari ini.

Sementara itu bagi pasukan Malaysia, 60 peratus bekas pemain Reborn juga telah menyertai Axis Bosskurr. Berikutan peralihan pemain-pemain itu, Axis mendapat jemputan terus ke liga itu.

MPL musim keempat bakal bermula minggu hadapan dengan pusingan kelayakan bagi Malaysia akan berlangsung pada 19 sehingga 21 Julai nanti manakala bagi Singapura akan berlangsung pada 27 dan 28 Julai nanti.

Selain Resurgence dan Reborn, pasukan Malaysia dan Singapura yang telah menerima jemputan terus ke kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul RM414,000 itu adalah: 

  • Geek Fam (Juara MPL Musim Ketiga)
  • EVOS Esports SG (Naib Juara MPL Musim Ketiga)
  • Xpax X-Assins (Kedudukan ke-7/8 Musim Ketiga)
  • Shopee Bosskurr (Kedudukan ke-7/8 Musim Ketiga)

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved