Connect with us

Mobile Legends

MPL: Jangan salahkan Fredo – Bosskur

Bukan seorang pemain sahaja yang bertanggungjawab.

Published

on

Foto: MYSG.MPL.MOBILEGENDS.COM

“Semua ada salah dan silap.”

Itu kenyataan ringkas pasukan Mobile Legends tanah air, Bosskur Gaming (Bosskur) yang meminta supaya peminat dan komuniti e-sukan untuk berhenti menyalahkan pemainnya Ahmad Fuad Razali (Fredo) sebagai punca kemerosotan pasukan itu dalam Liga Profesional (MPL).

Jelas Bosskur, bukan seorang pemain sahaja yang bertanggungjawab dalam setiap kemenangan dan kekalahan sesebuah pasukan.

“Semua pemain ada mengikuti latihan termasuk Fredo sendiri. Cuma mungkin kami akan terlewat sedikit dan tiada plan agresif.

“InsyaAllah. Kami sudah ada penganalisis baharu. Setiap pemain akan diberi input untuk memperbaiki mutu persembahan mereka yang seterusnya

“Cuma jangan salahkan Fredo ke Rush ke atau siapa-siapa sahaja. Semua ada silap,” kata Bosskur dalam satu kenyataan hari ini.

BACA:  Bosskurr akui meta baru tidak menjadi

Menurut Bosskur, setiap pemain pasukan itu mengakui kesilapan masing-masing dan memohon maaf kepada penyokong mereka.

“Kami akan buat yang lebih baik pada perlawanan seterusnya,”tambahnya.

Bosskur merupakan antara 10 pasukan Mobile Legends yang bersaing dalam peringkat MPL musim ketiga ketika ini.

Sejak awal pusingan liga, Bosskur dilihat tidak mempamerkan persembahan yang memuaskan apabilamereka menghadapi tiga kekalahan berturut-turut menentang pasukan Singapura iaitu,  Bigetron SG (1-2), EVOS Esports SG 0-2 dan semalam Nara Esports SG (Nara) 0-2.

Selain Fredo, Bosskur terdiri daripada Andi Alfian Firman (Gripex), Herwin Baharuddin (Rush), Abdul Wandi ‘Logan’ Abdul Kadir, Sofian Sultan (Penjahat)dan Mohd Faris Zakaria (Soloz).

Sebelum ini, ada dalam kalangan peminat yang menganggap punca Bosskur tidak mampu memberi saingan yang hebat dalam MPL kali ini adalah berikutan kesibukan Fredo yang banyak menumpukan kepada e-sukan PUBG Mobile.

MPL musim ketiga kali ini menawarkan hadiah wang terkumpul melebih RM400,000 dan disertai enam pasukan Malaysia dan empat pasukan Singapura.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved