Connect with us

Mobile Legends

M3: Tiket sold out tak sampai seminggu

Published

on

SINGAPURA – Tiket kejohanan dunia Mobile Legends 2021 (M3), yang bernilai antara RM61-RM139 (S$20 – S$45) telah habis dijual dalam masa kurang seminggu, menurut penganjur, Moonton.

Jelas Moonton, kejohanan yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Singapura itu boleh memuatkan kapasiti seramai 178 penonton untuk setiap pusingan playfoff nanti.

Pada peringkat playoff M3 nanti, sebanyak enam perlawanan akan dimainkan dihadapan penonton.

M3 melibatkan persaingan antara 16 pasukan Mobile Legends terbaik dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2.4 juta (AS$800,000) secara keseluruhan.

Peringkat kumpulan akan  bermula 6 Disember nanti dan boleh ditonton secara langsung di saluran media sosial rasmi Mobile Legends. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved