Connect with us

Mobile Legends

M2: Indo-Slayer Bren Esports layak ke Grand Final

Published

on

Foto: Moonton

PASUKAN nombor 1 Filipina, Bren Esports mara ke Grand Final Kejuaraan Dunia M2, selepas menewaskan Sang Raja, RRQ Hoshi pada peringkat lower bracket seketika tadi.

Bren Esports yang terkenal dengan serangan agresif pada awal permainan menang 3-1 dalam perlawanan lima terbaik itu.

Meski tewas pada pusingan pertama, pemain Bren Esports Karl Gabriel Nepomuceno (Karltzy) berkata ia hanya untuk melihat kemampuan RRQ Hoshi.

“Sebelum naik ke pentas, kami memang merancang untuk hanya relaks dan melihat apa yang ada dengan RRQ Hoshi,” kata Karltzy dalam satu temu bual selepas tamat perlawanan.

Pasukan itu yang kini dikenali sebagai Indo-Slayer kerana menewaskan dua gergasi Indonesia berturut-turut (Alter Ego dan RRQ Hoshi) di peringkat lower bracket bakal bertemu dengan pasukan Myanmar, Burmese Ghouls di Grand Final pada petang nanti.

M2 yang berlangsung di Singapura itu telah membuka tirai pada 18 Januari lalu dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2juta (AS$300,000).

Wakil Malaysia, Todak, menamatkan persaingan di M2 dalam kelompok tujuh terbaik dunia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved