Connect with us

Mobile Legends

Konflik RRQ-Xin: “Saya pilih untuk diam, terima fitnah untuk selamatkan karier pemain” – CEO

Published

on

Foto: YouTube / RRQ

ADA dua pilihan dalam tangan Ketua Pegawai Eksekutif RRQ, Andrian Pauline (AP) bagi menjawab spekulasi mengenai ketiadaan pemain skuad Mobile Legends RRQ Hoshi, Yesaya Omega Armando Wowiling (Xin) pada minggu kelima Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia Musim Keenam, iaitu membuka cerita sebenar kepada orang awam atau berdiam diri.

Menurut AP, beliau memilih untuk berdiam diri dan menyelamatkan karier seorang pemain walaupun nama RRQ ketika ini diserang dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

“Saya ada dua pilihan iaitu menceritakan hal sebenar kepada orang ramai. Impaknya adalah kehancuran karier seorang pemain dan warganet (netizen) akan berhenti menyerang RRQ.

“Pilihan kedua adalah berdiam diri sahaja dan menerima semua tuduhan yang sebenarnya menyakitkan. Banyak fitnah yang menyatakan seolah-olah RRQ menzalimi pemain sendiri. Namun pilihan kedua ini akan menyelamatkan karier seorang pemain, meski nama RRQ tercalar.

“Silalah menyerang saya tapi setelah selesai, sudahlah ya. Kita fokus menikmatik e-sukan lagi,” katanya dalam satu komen berbalas di sebuah post video Instagram @emak_moba pada semalam.

Dalam post video tersebut memperlihatkan Xinn menjelaskan dari perpesktifnya kenapa dia tidak bermain dalam MPL Indonesia ketika ini.

Xin turut meninggalkan dalam komen dalam post yang sama. Menurutnya, dia telah meminta untuk berehat sebelum MPL bermula.

“Masalahnya pada minggu pertama, saya bermain dan saya berjanji pada minggu kelima untuk bermain lagi kerana saya ingin membantu pasukan saya sendiri.

“Bagi mereka yang mahu menghina saya, silakan. Namun apa yang ingin disampaikan adalah, saya sentiasa mahu berikan yang terbaik kepada pasukan saya,” kata Xin.

Pada 11 September lalu, AP pernah menjelaskan tiada pengumuman rasmi dari RRQ yang menyatakan Xin akan bermain pada minggu kelima.

Jelasnya, keputusan untuk membenarkan seseorang pemain itu beraksi itu adalah dari pihak pengurusan dan jurulatih.

“Kami tidak pernah mengumumkan Xin akan bermain kerana keputusan bukan ditangannya, tapi jurulatih dan RRQ.

“Bagi yang bertanya, Xin tidak akan bermain sehingga tamat musim keenam MPL atas sebab urusan dalaman yang tidak boleh kongsikan,” kata AP dalam satu video RRQ yang dimuat naik pada 11 September lalu.

Menurut AP, Xin masih bersama RRQ dan mempunyai kontrak untuk tempoh beberapa tahun.

AP berkata Xin akan dibenarkan untuk bermain selepas tamat musim keenam.

“Ini adalah keputusan yang berat dari kami tapi kalau mahu ke pusingan penentu, kami kena berjuang,” katanya.

Sementara itu, dia juga menegaskan kepentingan pasukan lebih dititikberatkan dari kepentingan peribadi.

RRQ kini berada di tangga kelima secara keseluruhan dalam MPL Indonesia Musim Keenam.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved