Mobile Legends
Ke Mana Zakqt Akan Pergi Selepas Ini?
KUALA LUMPUR – Ke mana haluan bekas pemain Mid Laner Selangor Red Giants, Zakqt, selepas ini?
Selepas direhatkan di bangku simpanan selama satu musim, Zakqt kini memilih untuk mencari nafas baru dalam arena kompetitif MLBB Malaysia.
Dalam satu posting pengumuman Selangor Red Giants baru-baru ini mengesahkan, Zakqt sah tidak lagi bersama pasukan itu selepas tiga musim berehat.
Antara pencapaian tertinggi Zakqt adalah membantu Selangor Red Giants mencapai tempat ketiga terbaik pada MPL MY Musim Ke-12 2023.
