Mobile Legends
Barracuda kini dikenali Team Rey
KUALA LUMPUR – Salah satu pesaing utama Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY), Barracuda Esports, sah dijenamakan semula menjadi Team Rey.
Penjenamaan semula itu diumumkan menerusi satu posting di Instagram @teamrey_esports pada malam tadi.
Menurut Team Rey, penjenamaan itu dilakukan sebagai simbolik transformasi Barracuda untuk masa depan yang lebih meyakinkan.
Pada musim lalu, Barracuda meraih tempat ke-sembilan di peringkat liga MPL MY S12 yang lalu.
