Connect with us

Mobile Legends

FNATIC ONIC JUARA MPL ID S13!

Published

on

Sang raja langit gagah mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut selepas menang 4-2 menentang EVOS Glory pada peringkat Grand Final MPL ID S13 2024.

Ini menjadikan FNATIC ONIC pasukan pertama di Indonesia yang berjaya melakukan perkara tersebut. 

FNATIC ONIC mendominasi suku awal pusingan grand final dengan mata 3-0. 

Walaubagaimanapun, EVOS Glory berupaya menterbalikkan keadaan untuk tempoh seketika waktu akibat kesilapan kecil FNATIC ONIC, dan menjadikan mata grand final 3-2. 

Di pusingan penentuan (pusingan keenam), FNATIC ONIC menguasai map dan menutup segala ruang EVOS Glory sehingga sulit untuk berbuat apa-apa. 

Keputusan berakhir 4-2 memihak kepada FNATIC ONIC. 

Pemain Gold Laner FNATIC ONIC, Calvin Winata (CW) muncul sebagai pemain MVP Grand Final itu. 

Kedua-dua pasukan ini sudah pun menempah tiket untuk ke MSC 2024 di Riyadh, Arab Saudi. 

Foto Kredit: @onic.esports, Laporan : WTM / Ahmad Asyraf

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved