Connect with us

Mobile Legends

Detik pengakhiran, siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara MPL Indonesia Musim 13?

Published

on

Jika kemenangan ini milik FNATIC ONIC, ini akan menjadi kejuaraan MPL ID yang keempat berturut-turut untuk ONIC sejak kejuaraannya pada Musim ke-10, 2022.

Sementara itu, kali terakhir EVOS memenangi MPL ID adalah pada musim 7, 2021.

Sebelum ini, FNATIC ONIC melayakkan grand final terlebih dahulu selepas menewaskan Geek Fam 3-2 di peringkat Upper Bracket Semi Final dan menang 3-0 menentang EVOS Glory pada peringkat Upper Braket Final.

EVOS Glory bagaimanapun bangkit di peringkat lower bracket final selepas menang 3-2 menentang Geek Fam.

FNATIC ONIC dan EVOS Glory dijangka akan bermain jam 6 petang di Jakarta International Velodrome.

Kedua-dua pasukan ini sudah pun menempah tiket untuk ke MSC 2024 di Riyadh, Arab Saudi.

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved