Connect with us

PUBG Mobile

“Duit letak dalam tabung, simpan untuk masa depan, nikah” – Bigetron RA

Published

on

Bigetron RA akan mengutamakan simpanan pada masa hadapan dengan habuan lumayan yang dimenanginya semalam. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – “Duitnya buat (letak dalam) tabung, simpan buat masa depan dan buat nikah (kahwin). Kami kan masih anak-anak (muda).”

Itu kata-kata ringkas dari juara Grand Final Global PMCO Musim Luruh 2019, Bigetron RA apabila ditanya apakah mereka akan lakukan dengan hadiah wang tunai yang dimenangi semalam.

Pemain Bigetron RA, Muhammad Albi (Ryzen) berkata semestinya, keutamaan mereka adalah untuk simpanan pada masa hadapan.

Pada semalam, Bigetron RA muncul sebagai juara keseluruhan Grand Final PMCO Musim Luruh 2019 dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM751,500 (AS$180,000) dan RM104,300 (AS$25,000) menerusi 5 Chicken Dinner yang diraih sepanjang 3 hari Grand Final berlangsung.

Dalam satu sidang media semalam, Bigetron RA juga berkata mereka masih mahu terus bermain PUBG Mobile dan mempertahankan gelaran juara.

BACA: Kami mahu terus menjadi juara dunia bersama Boyka – Bigetron RA

“Hasrat kami masih sama, mahu juara dunia sekali dan kami mahu mempertahankan kejuaraan kami,” kata Nizar Lugatio (Microboy).

Microboy juga berkata komuniti PUBG Mobile di Indonesia sememangnya besar sehinggakan penganjuran kejohanan diadakan pada setiap minggu.

“Pertandingan peringkat nasional pun diadakan pada setiap bulan,” katanya.

Dia juga berkata bagi mana-mana pemain yang mahu menceburi bidang e-sukan PUBG Mobile untuk tidak berputus asa dan sentiasa berlatih.

“Nasihat saya, jangan cepat mengalah. Teruskan berlatih, asah skil individu dan pasukan. 

“Paling penting sekali, percaya kepada rakan-rakan dan bina satu persefahaman yang baik,” katanya.

Grand Final Global PMCO Musim Luruh 2019 yang berlangsung di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved