Connect with us

Mobile Legends

Dlar sah keluar EVOS Legends, balik Filipina minggu depan

Published

on

Foto: MOONTON GAMES

PEMAIN import yang bermain di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia, Gerald Trinchera (Dlar) sah keluar daripada pasukan EVOS Legends pada hari ini.

Dalam satu video pengumuman ini, Dlar berkata dia akan kembali ke Filipina tidak lama lagi.

“Maaf kalau ada banyak yang kurang daripada saya.

“Walaupun saya pulang ke Filipina, saya harap EVOS Legends juara pada musim kali ini,” kata Dlar dalam video yang dimuatnaik di YouTube EVOS Esports.

Dlar juga berkata dia akan berusaha lebih keras apabila pulang ke Filipina nanti dengan mencari pasukan baru dan meneruskan kerja penstriman langsung bersama peminat.

“Satu tahun di Indonesia saya belajar banyak perkara.

“EVOS mengajar saya perkara dalam dan luar permainan termasuk mengawal emosi.

“Saya akan berusaha keras pada musim akan datang, dan mencuba dengan pasukan yang lain,” tambah Dlar dalam video yang sama.

Sebelum menyertai EVOS Legends, Dlar pernah berkhidmat untuk ONIC Filipina dan antara pencapaian tertingginya adalah tempat kedua di Kejuaraan Dunia Mobile Legends yang ketiga (M3) di Singapura, 2021.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved