Connect with us

PUBG Mobile

Baru 3 bulan ditubuhkan, Dingoz Esports sudah ke acara Asia Tenggara

Published

on

Dingoz Esports bersama 15 lagi pasukan Asia Tenggara kini bersaing di Kartika Expo, Balai Kartini, Jakarta, Indonesia bagi merebut kejuaraan kejohanan itu.

PASUKAN kompetitif PUBG Mobile tanah air, Dingoz Esports, yang baru ditubuhkan kira-kira 3 bulan lalu terpilih untuk wakil negara ke Kejohanan Arena Siber Asia Tenggara (SEACA), Jakarta, Indonesia.

Kapten pasukan Dingoz Esports, Muhammad Arrif Rosli berkata tiada perasaan dapat dilahirkan melainkan rasa bangga apabila dipilih untuk bersaing di kejohanan itu.

“Memang rasa bangga kerana menjadi pasukan yang bertuah untuk mewakili Malaysia.

“Meski pasukan Dingoz Esports baru sahaja ditubuhkan tiga bulan lalu, namun barisan yang mewakili Dingoz MX sebenarnya sudah bersama lebih setahun dalam arena PUBG Mobile.

“Sebelum ini kami dikenali sebagai MUTANTx (MX),” kata Muhammad Ariff ketika dihubungi What’s The Meta Today.

Jelas Muhammad Ariff, dia bersama ahli pasukannya berlatih sekurang-kurangnya 4 jam sehari bagi mengukuhkan lagi persefahaman serta membina taktikal yang baharu untuk beraksi di peringkat kompetitif.

Dingoz Esports bersama 15 lagi pasukan Asia Tenggara kini bersaing di Kartika Expo, Balai Kartini, Jakarta, Indonesia bagi merebut kejuaraan kejohanan itu.

Selain Dingoz Esports, ESG Gaming turut terpilih mewakili Malaysia bagi kejohanan itu.

Mengulas mengenai arena PUBG Mobile di Malaysia, Muhammad Arrif berkata acara e-sukan itu menjadi semakin kompetitf berbanding tahun lalu.

“Banyak pasukan di Malaysia sudah membuktikan mereka layak beraksi di peringkat yang lebih tinggi.

“Melalui perkembangan ini, menjadikan lebih ramai anak muda akan bersaing antara satu sama untuk menjadi yang terbaik di peringkat kompetitif,” katanya.

Bagi anda yang mahu memberikan sokongan kepada Dingoz Esports, boleh ke YouTube Unipin Gaming https://www.youtube.com/watch?v=rx2TbtjaaJs

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved