Connect with us

PUBG Mobile

AROV tukar lineup, Zully jadi IGL

Published

on

Foto: Facebook / AROV Esports

PASUKAN profesional PUBG Mobile tanah air, AROV Esports (AROV) menampilkan barisan pemain baharu menjelang Kejohanan Razer SEA Invitational 2020 yang akan nanti.

Dalam satu pengumuman di Facebook rasmi AROV, pasukan itu mendedahkan pemain PUBG Mobile yang berpengalaman di kejohanan antarabangsa dan tempatan, Mohammad Zulfadli Abdul Rahman (Zully) akan menggantikan posisi Khairunnazri Masli (Boyka) sebagai IGL (kapten dalam permainan).

Boyka akan diletakkan sebagai pemain pengganti bagi barisan baharu AROV itu.

Sementara itu, AROV turut mengekalkan Muhammad Shahir Iqbal (Rocky) dan memperkenalkan dua pemain baharu.

Berikut adalah senarai terkini pemain AROV bersama peranan masing-masing:

  • Zully – IGL
  • Rocky – Support
  • Aznor Shafik Nor Azhar (Bot4k) – Fragger
  • Hasan Muhd Razee (San) – Rusher
  • Boyka – Pemain pengganti

Razer SEA Invitational 2020 bakal bermula pada 26 Jun nanti sehingga 12 Julai.

Razer SEA Invitational bakal mempertandingkan acara-acara e-sukan popular seperti, PUBG Mobile, Dota 2 dan Mobile Legends Bang Bang (MLBB).

Selain AROV, Yoodo Gank juga akan mewakili Malaysia dalam kejohanan itu.

Razer SEA Invitational turut akan melibatkan pasukan-pasukan Asia Tenggara yang lain, termasuk Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapura, Thailand, Vietnam, dan Brunei.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved