Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Saya gembira TARA Proyecto X dapat Chicken Dinner – Nora Danish

Published

on

Pelakon popular tanah air, Nora Danish telah menceburi bidang e-sukan menerusi pasukan PUBG Mobile TARA Proyector X. - Foto Instagram / @noradanish

KUALA LUMPUR – Pelakon popular tanah air, Nora Danish teruja apabila pasukan PUBG Mobile tajaannya, TARA Proyector X berjaya meraih mata Chicken Dinner yang pertama pada hari pertama Liga Profesional Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

“Saya sangat gembira,” ujar ringkas Nora Danish kepada What’s The Meta Today seketika tadi.

TARA Proyector X yang sebelum ini dikenali sebagai NED Proyector X, berjaya ke pusingan liga PMPL selepas meraih kedudukan 12 teratas dalam satu pusingan kelayakan pada minggu lalu.

Dalam PMPL MY/SG, TARA Proyector X berada dalam kumpulan A bersama Bigetron Malaysia, Team Secret MY, Traitor Esports, DivinityEsport, Tone WoW Esport, Miss Rose Esports Syndicate dan NED Brotherhood.

Selepas lima pusingan berlangsung bersama kumpulan B pada hari ini, TARA Proyector X berada di kedudukan nombor lima dengan 63 mata secara keseluruhan.

Mereka memperoleh mata Chicken Dinner pada pusingan kelima, di peta Erangel.

TARA Proyector X terdiri daripada:

  • Muhammad Zarith Aziz –  Xlings (Kapten)
  • Joehafrinizam Jeffri Tan – Xarm
  • Mohamad Kamarul Ariffin Abdul Wahab – Maffin
  • Muhamad Irham Ismadi – Lyrien
  • Ahmad Syazwan Gulam Mohd – Wankorn

Perlawanan hari ini masih lagi berlangsung dengan berbaki satu lagi pusingan peta iaitu di Miramar.

Berikut keputusan pusingan sebelum ini:

  • Map 1 – Miramar – Team Secret
  • Map 2 – Erangel – Ned Brotherhood
  • Map 3 – Vikendi – Bigetron Malaysia
  • Map 4 – Sanhok – Bapak Ah Esports

PMPL MY/SG 2020 merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved