Mobile Legends
Mobile Legends: Ayah Lei Xia meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Ayah kepada pemain profesional pasukan Mobile Legends, BOSS Pusher, Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia) dilaporkan telah meninggal dunia.
Organisasi e-sukan tanah air, Bosskurr Gaming (Bosskurr) menyatakan mereka baru menerima berita mengenai pemergian ayah Leixia pada pagi tadi.
“Kami baru menerima berita mengenai pemergian ayah Lei Xia.
“Takziah kepada Lei Xia dan semoga sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan yang berat ini.
“Semoga semua urusan dipermudahkan,” kata Bosskurr dalam satu kenyataan.
Kami di What’s The Meta Today (WTM Today) ingin merakamkan salam takziah kepada Leixia dan keluarga, semoga arwah sentiasa ditempatkan bersama-sama golongan beriman.
.
