Connect with us

Mobile Legends

Zahid seru sokong GGHG di MWI

Published

on

Foto kredit: Instagram WTM Today

KUALA LUMPUR- Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai untuk terus memberi sokongan kepada pasukan MLBB wanita negara, Gaimin Gladiators: Homegirls (GGHG) yang kini bermain di Kejuaraan Antarabangsa, Kejohanan Jemputan Wanita Mobile Legend (MWI).

Menurut Zahid, beliau berharap agar GGHG dapat mengulangi sejarah kemenangan Selangor Red Giants yang memenangi Kejuaraan EWC-MSC Riyadh pada minggu lalu.

“Semoga GGHG dapat menjadi pasukan wanita Malaysia pertama yang memenangi kejuaraan dunia dalam pertandingan esukan berprestij ini!” kata beliau di hantaran media sosial milik beliau @ahmadzahidhamidi.

GGHG kini mendahului 1-0 dalam saingan peringkat Suku Akhir MWI Riyadh 2024 menentang jaguh Fipilina Smart OMEGA Empress.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved