Mobile Legends
Xyza lawan stigma wanita e-sukan
KUALA LUMPUR – Pemain Mobile Legend Amerika Syarikat, Emily atau lebih dikenali sebagai Xyza berhasrat untuk memecahkan stigma orang ramai mengenai wanita dalam industri esukan.
“Saya bukan bermain untuk hadiah prize pool.”
“Saya mahu memecahkan stigma yang menyatakan wanita tidak boleh bersaing dalam esukan” kata Emily di suatu posting media sosial Instagram @wtmtoday.
Emily juga menyatakan bahawa ini adalah motivasinya untuk bersaing di peringkat ini.
Emily dan Cloud9 baru sahaja layak ke pusingan playoff MWI Riyadh 2024 selepas menang di peringkat Tie-Breaker seketika tadi.
Kejuaraan MWI menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2.3 juta (AS$500,000).
