Mobile Legends
MWI: Pahit tapi perjalanan diteruskan
KUALA LUMPUR- Pahit tapi perjalanan harus diteruskan. Pasukan kita, Gaimin Gladiators: Homegirls (GGHG) tumpas menentang wakil daripada Filipina Smart Omega Empress 1-2.
Walaupun tidak berjaya lolos ke peringkat separuh akhir, pasukan kita kini menunjukkan prestasi yang meningkat naik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.
GGHG yang menutup saingan Kejohanan Jemputan Wanita Mobile Legend (MWI) ini dengan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM116,400 (AS$25,000).
