Mobile Legends
GG x HG
Pasukan Mobile Legend wanita tempatan Homegirls secara rasminya telah berkolaborasi bersama gergasi esukan Canada, Gaimin Gladiators (GG).
Perkara itu diumumkan menerusi satu hantaran video di laman Instagram rasmi GG.
Homegirls sebelum ini telah melayakkan diri ke Mobile Legend Women’s Invitational (MWI) 2024 di Riyadh selepas mereka mengesahkan slot melalui pusingan kelayakkan MWI Malaysia/Singapura.
MWI bakal berlangsung pada 24 Julai bertempat di Riyadh, Arab Saudi. Hadiah terkumpul bagi kejohanan antarabangsa ini kira-kira RM2,337,000 (AS$500,000).
