Connect with us

Mobile Legends

Sanford Kena Ban 2 Tahun

Published

on

Pemain profesional Filipina, Sanford Marin Vinuya (Sanford) daripada pasukan Liquid ECHO telah menerima larangan dua tahun daripada menyertai mana-mana aktiviti pasukan kebangsaan Filipina (SIBOL)

Menurut media Filipina ABS CBN, pengurus besar SIBOL, Jab Escutin menjelaskan keputusan untuk menyekat Sanford adalah kerana Sanford menolak tawaran pada tahun 2023 untuk menjadi sebahagian daripada barisan pemain kebangsaan untuk Kejohanan Esport Dunia Persekutuan Esports Antarabangsa (IESF).

Tarikh denda tersebut telah pun bermula pada Februari 2023 dan bakal berakhir pada Februari 2025.

Sebelum ini, SIBOL muncul sebagai juara IESF 2023 di lași, Romania.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved