Connect with us

Mobile Legends

Todak Cuba Pinang Beberapa Pemain RRQ

Published

on

“Kami berhasrat untuk pinang beberapa pemain RRQ”

Itu kata pengasas Todak, Khairul Azlan Zainal Ariffin (Bro Lan Todak),menerusi satu video ‘Dokumentari: Todak ke Jakarta Sampaikan Hasrat’.

Video itu mengisahkan lawatan pihak pengurusan Todak di Jakarta, Indonesia, di beberapa gaming house pasukan-pasukan MPL Indonesia, termasuk organisasi RRQ.

“Apa yang saya nampak, Pak AP (CEO RRQ) sangat menyayangi pemainnya.”

“Mereka akan berbincang nanti, jika dapat, saya sangat bersyukur.

“Namun saya tidak memberikan harapan yang tinggi,” jelas Bro Lan Todak lagi dalam video tersebut.

Tambahnya lagi, sekiranya hasrat Todak untuk membawa pulang pemain RRQ tidak kesampaian, ia tidak akan menjejaskan hubungan strategi di antara dua pasukan ini kerana nilai persahabatan adalah lebih penting untuk jangka masa panjang.

Todak sebelum ini, hanya mampu meraih tempat ke-6 dalam pusingan kalah mati MPL MY S13 selepas tewas kepada King Empire dengan keputusan 3-2.

Foto: @brolantodak, @todakgaming

#wtmtoday #bukansekadarmaingame #iniesukankita #MPLMYS13 #MLBBEsports #NEWERA #M6LAYSIA #B6ngkit

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved