Connect with us

Mobile Legends

M3: RRQ yakin 1000% group stage

Published

on

SINGAPURA – RRQ Hoshi meletakkan  1000% keyakinan dalam perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Dunia Mobile Legends 2021 (M3) yang akan bermula 6 Disember nanti.

Jurulatih RRQ Hoshi, Adi Syofian Asyauri  
(Acil), berkata pemain-pemainnya mempunyai pengalaman dan kekuatan mental yang diperlukan untuk bertanding di M3 nanti.
 
“Kalau pemain boleh berikan 1000% kenapa tidak jurulatih? RRQ sudah tiga kali ke siri kejohanan dunia.
“Kami juga mempunyai pemain yang berpengalaman dalam membantu kekuatan mental pemain muda.
 
“Pemain-pemain ini mempunyai semangat untuk membuktikan diri mereka,” kata Acil dalam satu sidang media hari ini.
 
Sementara itu, Acil juga menyifatkan kemaskini patch baru Mobile Legends tidak memberi masalah memandangkan pihaknya sedia menghadapi sebarang kemungkin.
 
RRQ Hoshi berada dalam kumpulan D bersama pasukan Malaysia Team SMG, GX Squad (Timur Tengah) dan RSG SG (Singapura).

M3 melibatkan persaingan antara 16 pasukan Mobile Legends terbaik dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM2.4 juta (AS$800,000) secara keseluruhan.

Ia akan bermula 6 Disember sehingga 19 Disember nanti di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Singapura.

Kejohanan itu turut akan disiarkan secara langsung di seluruh platform media sosial Mobile Legends.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved